Aku nak cerita sikit tentang scene penerbit buku Korea Selatan tahun 1989 ketika itu berpakat atau beramai-ramai keluar modal untuk mewujudkan Paju Book City (PBC) yang terletak di utara Seoul kira-kira setengah jam perjalanan.
PBC ini pula berdekatan dengan Garisan 38 iaitu sempadan memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan. Kira-kira 15 minit perjalanan dari PBC.
Inisiatif para penerbit ini bermula 1989, tapi tahun 2001 barulah kerajaan Korea Selatan bagi sokongan pinjaman untuk menaiktaraf PBC sehingga PBC ini berjaya menempatkan kira-kira 200 buah syarikat penerbitan tempatan mahupun antarabangsa dengan 150 buah bangunan.
Bukan saja ada pejabat syarikat penerbitan, juga ada kedai buku terpakai, cafe, percetakan, tempat art, muzium, tempat membeli belah, kediaman dan rumah penginapan.
Di PBC, syarikat penerbitan berpengaruh Korea seperti MunhakDongne Publishing Group dan ChangBi Publisher turut ada pejabat di situ.
Kau tengok dia punya citarasa bangunan syarikat penerbitan Korea macam mana?
Lain macam.
Aku sendiri bercita-cita Malaysia nak ada bandar buku seperti ini. Tak kisahlah walau office Patriots nanti berdepan dengan office musuh.
p/s: Aku tulis ni sebab kawan Korea aku dah start kerja dekat PBC. Dulu dia kerja kat Busan. Terus dia bagi gambar-gambar, pancing aku suruh datang sini. Hujung tahun, insyaAllah.