Alang-alang aku cerita tentang font aku habiskan dengan tips; “Font apa yang sesuai untuk buku kau?”
Tips ini aku tak pasti ada ke tak diajar dalam kelas penerbitan yang kau bayar beratus-ratus ringgit tu. Aku rasa macam takde sebab biasanya hal mengenai font dibincangkan dari sudut rekabentuk (design) atau any kelas rekabentuk.
Jadi, anggaplah aku bagi ilmu free sebagai perkongsian.
Pokok pangkalnya ia bermula daripada; Kau nak bikin buku apa? Atau kau nak buat buku genre yang macam mana?
1. Kalau kau nak bikin novel sastera atau buku fiksyen, aku cadangkan Baskerville ataupun Georgia. But Baskerville adalah the best pada mata aku kerana ia lebih elegen dan nampak elemen klasik dan moden digabungkan terus.
Kiranya kalau plot novel kau yang mengandungi past, present and future story, Baskerville sesuai untuk memberikan impak pada pembacaan.
2. Ok, kalau novel cinta?
Bab novel cinta ini, kesukaan aku kepada novel-novel dari karangan Cecelia Ahern. While novel cinta bahasa Melayu seingat aku yang the best adalah dari Hlovate. Tapi dari pemerhatian aku terhadap novel-novel cinta penulis luar negara terutama dari penerbit Harper, font yang sesuai untuk novel cinta ialah Sabon.
Why? Sebab Sabon ni jenis font yang simple dan ada mood keperempuanan (feminism). Selain itu boleh juga try ApolloMT Std, font ini aku guna untuk syarikat penerbitan dulu. Kedua-duanya aku beli dengan harga pakej lengkap yang sama dengan gaji kau sebulan.
3. Novel thriller, seram dan pulp.
Baiklah, kat sini mungkin akan ada perdebatan lucu kerana pernah sekali aku jumpa sebuah novel seram tempatan yang menggunakan font Bell Gothic. Nak menangis aku baca. Adakah kerana namanya Gothic maka penerbit memilihnya? Tapi, aku lagi tepuk dahi sebab ada sebuah buku seram yang pernah menjadi bestseller di kedai buku menggunakan font Chiller sebagai font utama. Kau pergilah kaji Chiller tu macam mana bentuknya.
Nak selamat bila bikin novel thriller, seram dan pulp ni, kau guna Garamond pun dah okay. Sebab ia font yang versatile dan neutral. Even kat buku bukan fiksyen pun boleh guna. Terdapat beberapa penerbit tempatan yang menggunakan Times New Roman untuk novel seram. Pada aku, okay. Cuma biasanya Times New Roman lebih sesuai untuk akhbar dan anything yang memerlukan bacaan teliti seperti laporan dan jurnal.
4. Now we talking about buku bukan fiksyen. Buku serious orang kabor.
Baiklah, walau apapun pilihan font yang kau inginkan, ketahuilah buku bukan fiksyen seharusnya menggunakan font yang dari tunjang Serif. Jika buku bukan fiksyen menggunakan font dari tunjang Sans Serif, dah gila agaknya yang bikin buku tu. Apa itu Serif dan Sans Serif? Sila cari sendiri rupa bentuknya.
To be honest masa awal-awal dulu aku start buat zine or buku (baru nak up), aku pun pernah buat silap dalam hal ini. Aku guna font Calibri. Walhal Calibri adalah dari tunjang Sans Serif. Lucu sungguh bila mengenangkannya. Nak buat macam mana, buka sahaja Mic Words, itulah font yang automatik terpapar pada skrin. Terus guna tanpa fikir sesuai atau tak. Mulai hari ini, kalau kau nak tulis surat sekalipun, elaklah guna Calibri, mahupun Arial. Sebab surat, laporan, dan tesis misalnya– secara common adalah berbentuk bukan fiksyen. Gunalah Times New Roman lebih mudah dan selamat.
Oh by the way, aku suggest font Caslon untuk buku bukan fiksyen. Sebab ia nampak serious tetapi taklah se-serious Times New Roman yang lebih klasik. Caslon lebih moden.
5. Last, buku umum atau bahasa Inggerisnya; General Interest. Ini buku like buku ekonomi, psikologi, buku tanam pokok durian, atau mungkin buku tentang cara-cara bermain ping-pong. Buku tentang idea or falsafah juga boleh masuk dalam kategori ini.
Aku suggest yang paling popular sebab ia mempunyai ciri paling utama iaitu balance. Ia nampak tak terlalu intelek dan juga tak terlalu bodoh-bodoh comel. Harga pakej lengkap font ini ialah RM1050.00, lebih mahal dari gaji intern kerajaan. Dan font itu ialah Utopia.
Akhir kata, font mempunyai hak cipta. Melabur untuk font adalah berbaloi untuk imej buku kau. Tapi kalau tak berduit, jangan risau. Ada beribu-ribu font di luar sana, dan berita baiknya ada yang free kerana telah menjadi hakcipta awam atau commercial use.
Lima tips ini cukuplah aku bagi. Nak lebih, kalau aku ada mood aku buat kelas berbayar.