Ulasan Buku : Liverpool Mahkota Eropah

Mantan PM 6 pernah perli yang tim Liverpool dan History Channel (556-Astro) macam adik beradik. Pendek kata itu sajalah nasib Liverpool, selayaknya hanya tercatat dalam buku sejarah.

Maka ramailah haters keluar dan kutuk. Bukan setakat itu, mereka ketawa bagaikan Liverpool telah sampai ke titik hujung dan terbenam jauh dalam telaga buta.

Tetapi mereka lupa, kerana sejarahlah, nama Liverpool terus mengisi ruang udara bolasepak dari sebuah daerah kecil di eropah hingga ke Kg. But, Kelantan. Catatan-catatan sejarah yang ada dari ramai penulis sejak dulu hingga kini nyata memastikan nama Liverpool terus disebut oleh penyokong dan lawan.

Di Malaysia ada beberapa buah buku tentang Liverpool pernah diterbitkan. Ini termasuklah buku tulisan dari Axello ini.

Buku-buku tim EPL lain yang pernah terbit di Malaysia dan dalam Bahasa Melayu aku rasa tak pernah ada (kalau ada tolong cakap kat aku). Mungkin kerana ramai yang beranggapan sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Kalau pegang pada kata-kata ni, maknanya tim EPL lain adalah looser (ayat bongkak).

Buku Liverpool Mahkota Eropah ini sebuah buku yang padat dengan perjalanan Liverpool dalam menjulang Piala UCL kali Ke-6. Menariknya buku ini menyoroti watak-watak yang berdiri di sebalik tabir yang membawa Liverpool hingga hari ini.

Mereka inilah yang membentuk tim pada hari ini dari ketua jurulatih hinggalah kepada pakar pemakanan. Buku ini juga menyoroti perjalanan menuju ke final UCL 2019. Comeback semasa bertemu Barcalona bagaikan mengulang tayang comeback di Istanbul pada tahun 2005.

Naskah terbaik daripada penulis dan terima kasih juga penerbit. Kopites-kopites di Malaysia patut miliki buku ini.

YNWA