-
Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra
RM38.00Ada dunia lain di Nusantara.
Dunia hikayat yang merampas gelaran Adiwangsa.Mampukah kebangkitan syaitan itu dihalang andai Muslim sendiri yang mengkhianati Islam?
-
Mencari Mendam Berahi
RM38.00Dendam, cinta dan cita-cita.
Antara bahtera Mendam Berahi dan berahi yang terpendam dalam jiwa. Antara kehendak peribadi dan kebajikan anak bangsa, jalan manakah yang bakal Atma dan teman-temannya pilih?
-
Hikayat Adiwangsa – Lasykar
RM33.00Ada dunia lain yang wujud di Nusantara. Dunia yang didiami manusia bersama bunian, kayangan, duyung dan syaitan. Dunia yang dikarang dalam hikayat.
Hikayat ini tentang Ayyan, seorang nelayan muda yang hanya ingin menikmati ketenangan hidup di tepi laut bersama datuk kesayangannya, Imam Syahriyan.
Malangnya, kejahatan dari masa lampau muncul kembali sehingga menjatuhkan Estodania. Perseteruan Adiwangsa bermula semula.
Berjayakah Ayyan menemui Faris? Mampukah dia mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah jatuh ke tangan pihak musuh?
-
ON SALE15 %Save RM5.00
Puteri Bunian Bulan
Original price was: RM33.00.RM28.00Current price is: RM28.00.Penulis: Aliff Mustafa
Genre: Fiksyen
ISBN: 978-967-2437-06-2
Mukasurat: 402
-
Dirgahayu
RM33.00Penulis: Helmi Effendy
Genre: Fiksyen
ISBN: 978-967-2437-05-5
Mukasurat: 362
Sinopsis:
Surat berantai yang disebarkan melalui WhatsApp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.
Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.
-
Terhempasnya Pesawat MH747
RM38.00Pesawat MH747 terhempas di sebuah pulau aneh. Hutan tropika, tetapi ada salju yang turun dari langit terbuka. Anehnya, pokok-pokok ini mampu hidup seperti matahari masih memberikan kehangatannya. Tak cukup dengan salju, pulau itu dipenuhi oleh haiwan-haiwan pemangsa dari zaman ais yang memburu mangsanya, puak manusia yang sudah pupus sejak ribuan tahun lalu. Juga tidak ketinggalan, wabak penyakit yang membunuh.
Kumpulan penumpang yang terselamat daripada nahas itu harus saling bekerjasama untuk memastikan mereka terus kekal hidup. Khairul Anuar, seorang bekas penipu tiba-tiba dipilih sebagai ketua mereka. Dia seperti mendapat peluang kedua untuk menebus semula dosa-dosa silamnya.
Mampukah mereka keluar hidup-hidup dari pulau itu? Atau mampukah mereka membina kehidupan untuk kali kedua?
-
Psikopat Nirwajah
RM33.00Penulis: Osman Deen
Genre: Fiksyen
ISBN: 978-967-2437-154
Mukasurat: 288
Sinopsis:
Langsuir, seorang pembunuh bersiri di bandar Rebung Utama berasa tercabar apabila Bayan, seorang lagi pembunuh dengan kuasa luar biasa muncul di bandar itu dan merampas perhatian masyarakat daripadanya. Langsuir bertekad untuk memburu susuk misteri itu dan menumpahkan darahnya!
Pada masa yang sama, Inspektor Syaaban menghidu sesuatu yang aneh dalam kejadian pembunuhan bersiri yang sedang berlaku di bandar Rebung Utama. Memori lalu bersama Geng Wira Kumbang bermain semula di fikiran. Mungkin sebenarnya suspek yang dicari lebih dekat dari yang disangkakan.
Tetapi, bagaimana mayat tidak berwajah akan membuka cerita?
-
The Arrival
RM33.00Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar-kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.
Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut mengoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.
Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?
Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?
-
Di Mana Ada Hantu?
RM33.00Naim, seorang penulis buku seram telah berjumpa dengan beberapa responden untuk mendengar kisah seram mereka. Beberapa orang pemandu lori, sekuriti, bomoh, pegawai muzium dan sebagainya ditemui dan menceritakan pelbagai kisah seram dan mistik mereka. Bukan itu saja, Naim juga telah pergi ke pelbagai tempat seram yang terkenal bagi mengalami pengalaman menyeramkan itu sendiri.
Semua pengalaman itu terkandung dalam buku yang penuh dengan kisah seram dan mistik ini.