fbpx

The Patriots Store

Masalah Pembayaran Royalti Penulis

Setiap tahun, seperti jerebu, masalah pembayaran royalti akan menjadi perbualan setiap musim. Kalau bukan penerbit buku itu, penerbit buku ini. Takpun penerbit buku sana dan penerbit buku sini. Padahal, kalau setiap kali saya menghadiri mesyuarat tahunan Persatuan Penerbit Buku Malaysia, isu pembayaran royalti penulis buku seingat saya tidak pernah dibangkitkan. Ya, tak pernah lagi sejak […]

Melestarikan Perpustakaan Awam

Semalam banyak juga isu perbukuan diulas. Hari ini kita sambung lagi. Antara tujuan utama buku diterbitkan ialah nak buat lebih ramai orang membaca buku. Persoalannya, kalau lebih banyak sesebuah buku itu dibeli bermakna lebih ramai orang membaca buku? Tidak semestinya. Masih ramai pembaca yang mempunyai tabiat beli buku tapi tak baca. Baiklah. Buku tidak mempunyai […]

Penggabungan dan Pengambilalihan Syarikat Penerbitan

Pada Mac 2020 lepas, ViacomCBS bercadang untuk menjual syarikat penerbitan buku yang dimiliki mereka iaitu Simon & Schuster. Sebab mengapa hasrat penjualan ini kerana ViacomCBS melihat Simon & Schuster bukan sebagai ‘aset teras’. Simon & Schuster merupakan ‘Big 5’ penerbitan buku di dunia selain Penguin Random House dan HarperCollins. Pada laporan kewangan suku pertama 2020, […]

Wawancara Bersama Dr Jung Sang-cheon, Penterjemah buku World Without Walls:2 versi Korea (벽이 없는 세계)

Jung Sang-cheon. Ph.D dalam Sejarah, tahun 2003 dari Universiti Pantheon-Sorbonne, Paris. Telah menghasilkan empat buah buku dan banyak artikel mengenai hubungan Korea-Perancis dari perspektif sejarah. Beliau kini merupakan pengarah bagi Jawatankuasa Presiden Pembangunan Keseimbangan Negara di Korea Selatan. Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai diplomat untuk Kementerian Luar Korea Selatan dari tahun 1998 hingga 2013. […]

Makluman Ralat Bagi Kronikel One Piece: Sejarah di Sebalik Manga

Kami ingin memaklumkan terdapat ralat teks pada halaman 112, buku Kronikel One Piece: Sejarah di Sebalik Manga oleh Amir Zayyanid.   Perhatikan petikan ini : Catatan-catatan tentang kegiatan l’Olonnais kebanyakannya berlangsung dalam lingkungan tahun 1667 dan 1668. Berkemungkinan ini kerana aktiviti-aktiviti beliau ke atas Sepanyol sedikit-sebanyak mempengaruhi perjalanan Perang Peralihan Kuasa 1667-1668 (War of Devolution). […]

Shopping cart close