Makluman Ralat Buku Kitab Tamadun Cina

Salam sejahtera,

Pihak kami telah mengesan ralat pada buku Kitab Tamadun Cina karya Ayman Rashdan Wong.

Ralat yang dikesan adalah pada halaman hakcipta iaitu kesilapan kami memasukkan Data Pengkatalogan yang salah atau tertukar dengan Data Pengkatalogan buku lain.

Berikut merupakan Data Pengkatalogan yang betul;

ISBN 978-967-2437-40-6
1. China–History.
2. China–Civilization.
3. China–Social conditions.
I. Judul.
951

 

Oleh kerana ralat yang terjadi ini bukanlah ralat yang menyebabkan ‘fatal‘ dalam standard penerbitan kami atau ralat yang menjejaskan keseluruhan penerbitan, maka kami akan memperbetulkan ralat ini pada cetakan kedua kelak.

Segala kesulitan kami dahului dengan permohonan maaf.

Terima kasih.