Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2022

Pada 24 hingga 27 Februari 2022, Patriots Publishing, FIXI dan Jejak Tarbiah bekerjasama menganjurkan Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2022 (KLAB2022) bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Penganjuran bersama ini diketuai oleh penerbit Jejak Tarbiah dengan menawarkan lebih 50 penerbit sebagai pempamer termasuk penerbit-penerbit Indie, arus perdana, popular dan juga pertama kali menampilkan penerbit-penerbit universiti.

Terdapat 4 acara perbukuan oleh Patriots Publishing pada KLAB2022 ini iaitu;

Sabtu, 26 Februari jam 11 pagi – Bedah Buku Biologia bersama penulis Ammar Akmal

Sabtu, 26 Februari jam 1 petang – Bedah Buku Politik Untuk Pemula bersama penulis Ayman Rashdan Wong

Sabtu, 26 Februari jam 4 petang – Sesi intim buku Hikayat Adiwangsa bersama penulis Awan Wafdan

Ahad, 27 Februari jam 1 petang – Bedah dan lancar buku Penerbangan Terakhir: MH370 & MH17 bersama penulis Dato Sri Azharuddin Abdul Rahman

 

Anda semua dijemput hadir ke KLAB2022 dan untuk membeli buku-buku kami, cari reruai kami di meja nombor dua indoor.

Jumpa di sana!