Patriots Publishing & MyCreative

Salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa Patriots Publishing Sdn Bhd telah menerima Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) yang dikelolakan oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd.

MyCreative ialah cabang pelaburan kerajaan yang bertujuan untuk memacu industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan dan pelaburan yang strategik dan inovatif.

Sebanyak 25 judul terbaru dan akan datang dalam tahun 2021 hingga 2022 ini telah terpilih dalam program GPIK yang pastinya akan merancakkan dunia perbukuan serta menambah kegembiraan anda sebagai pembaca bahan bacaan kami.

Patriots Publishing mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MyCreative, PENJANA serta Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam kerja pembikinan buku.

Jika anda membaca buku-buku terbaru terbitan kami, terdapat halaman penghargaan kepada tiga pihak yang penting ini.

Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kelestarian perbukuan negara.