Untuk menyegar dan menyediakan idea baru rekaan kulit muka bagi judul-judul baru Patriots Publishing akan datang agak mencabar.

Pertama, penerimaan pembaca lama yang mungkin sudah terbiasa dengan rekaan bercitarasa zaman Pertengahan yang sebelum ini menjadi asas kesenian Patriots Publishing.

Jadi, untuk ‘install’ rekaan baru, ia perlu dimulakan sedikit demi sedikit.

Kedua, langkah pertama untuk permulaan yang perlahan ialah mengadaptasi rekaan Pasca Moden.

Falsafah Kesenian sentiasa berkait dengan Sejarah Kesenian. Namun kita sentiasa tidak boleh elak bahawa kesenian perlu membawa Ramalan Kesenian.

Ketiga, apabila suatu rekaan membawa Ramalan Kesenian, maka elemen dalam rekaan adalah titik utama yang sukar untuk difikirkan dalam tempoh pendek.

Ramalan Kesenian pula perlu seiring dengan Penaakulan Kesenian.

Sedangkan, Falsafah Kesenian yang merdeka, tiada had, “1+1 can equal to any numbers”, dan lain-lain berkaitan kebebasan serta abstrak, sentiasa menjadi debat apabila Penaakulan Kesenian di bawa dalam perbincangan.

Saya berharap, kalian suka dan boleh menerima perubahan yang bakal kami lakukan kelak.