HELMI EFFENDY merupakan pengasas bersama Patriots Publishing. Beliau merupakan aktivis sejarah tanah air, yang sudah lama berjuang untuk mengangkat semangat cintakan sejarah bangsa melalui pelbagai platform. Setakat ini, graduan Media dan Komunikasi dari Unisel ini telah menulis lebih daripada 20 buah buku yang merangkumi pelbagai genre. Memiliki impian untuk melihat Baitulhikmah versi Melayu yang menghimpunkan segala karya-karya agung dunia dalam Bahasa Melayu, beliau teringin melihat impiannya menjadi kenyataan sebelum beliau menutup mata.