-
E-BUKU Mencabar Teori Chola
Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.
Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!
-
E-BUKU Malaysia Military Power II
Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa depan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk ‘pelaburan’ yang bermanfaat untuk rakyat.
-
E-BUKU Kronikel One Piece
“Tekad yang diwarisi, impian seseorang manusia dan peredaran waktu; Selagi manusia terus mencari erti kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang.” – Gol D. Roger Si Raja Lanun
Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.
-
E-BUKU Jangan Selewengkan Sejarah Melayu
Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.
-
E-BUKU Dasar Pandang Ke Jepun
DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana bersama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akhir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.
-
E-BUKU Alegori Naruto – Falsafah Di Sebalik Manga
Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:
“Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.
-
E-BUKU Mistik Alam Melayu
Ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar
-
E-BUKU Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia
Sinopsis: Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia
Pasca Malaysia Baharu menyaksikan isu semasa berkaitan dengan ekonomi negara begitu pesat disebarkan di media sosial atau media utama. Pihak pembangkang dan kerajaan begitu berlumba lumba mencambahkan propanganda versi mereka untuk tatapan marhaen.
-
E-BUKU Di Sebalik Tirai Layar
Lights. Camera. Action!!
Filem. Ia merupakan wadah di dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur benci, membakar semangat, membaja kasih, membenam rasa cinta.
-
E-BUKU Aku Seorang Patriot
Himpunan kisah-kisah veteran negara ketika operasi. Buku ini mengambil sudut snake’s eye view di dalam menangkap emosi, jerih-perih dan getir siap anggota keselamatan negara dalam menjalankan operasi. ASP berkongsi pengalaman mereka yang pernah berada di lapangan, serta nama-nama perwira-perwira negara yang telah berkorban nyawa di dalam memastikan keselamatan tanah air kita.
-
ON SALE30 %Save RM10.00
Terhempasnya Pesawat MH747
Pesawat MH747 terhempas di sebuah pulau aneh. Hutan tropika, tetapi ada salju yang turun dari langit terbuka. Anehnya, pokok-pokok ini mampu hidup seperti matahari masih memberikan kehangatannya. Tak cukup dengan salju, pulau itu dipenuhi oleh haiwan-haiwan pemangsa dari zaman ais yang memburu mangsanya, puak manusia yang sudah pupus sejak ribuan tahun lalu. Juga tidak ketinggalan, wabak penyakit yang membunuh.
Kumpulan penumpang yang terselamat daripada nahas itu harus saling bekerjasama untuk memastikan mereka terus kekal hidup. Khairul Anuar, seorang bekas penipu tiba-tiba dipilih sebagai ketua mereka. Dia seperti mendapat peluang kedua untuk menebus semula dosa-dosa silamnya.
Mampukah mereka keluar hidup-hidup dari pulau itu? Atau mampukah mereka membina kehidupan untuk kali kedua?
-
Psikopat Nirwajah
Penulis: Osman Deen
Genre: Fiksyen
ISBN: 978-967-2437-154
Mukasurat: 288
Sinopsis:
Langsuir, seorang pembunuh bersiri di bandar Rebung Utama berasa tercabar apabila Bayan, seorang lagi pembunuh dengan kuasa luar biasa muncul di bandar itu dan merampas perhatian masyarakat daripadanya. Langsuir bertekad untuk memburu susuk misteri itu dan menumpahkan darahnya!
Pada masa yang sama, Inspektor Syaaban menghidu sesuatu yang aneh dalam kejadian pembunuhan bersiri yang sedang berlaku di bandar Rebung Utama. Memori lalu bersama Geng Wira Kumbang bermain semula di fikiran. Mungkin sebenarnya suspek yang dicari lebih dekat dari yang disangkakan.
Tetapi, bagaimana mayat tidak berwajah akan membuka cerita?