-
Migrasi Yang Berlumpur
RM33.00Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan
-
Dendam Bakar
RM33.00Inspektor Abu Bakar atau Bakar. Seorang anggota polis yang digeruni di Kuala Lumpur. Kehidupan Bakar pada awalnya sempurna. Namun segala-galanya berubah selepas tragedi berdarah yang meragut nyawa isterinya, Sarah. Dendam, hatinya terbakar. ltu yang Bakar rasakan. Jadi, Bakar tekad untuk memburu mereka yang telah membunuh isterinya.
Berjayakah Bakar membalas dendam? Siapakah pembunuh sebenar isteri Bakar? Apakah nasib Kuala Lumpur selepas itu?
-
2099: Ilusi Utopia
RM33.00Sebuah cerita yang menggambarkan dunia pada zaman selepas banjir besar yang mengubah landskap dunia dan kelas masyarakat.
“Tapi, jiwa luka dan badan binasa itu resam orang berjuang.”
-
Tangisan Sri Melati
RM33.00Sri Melati. Nama yang cukup indah, tetapi tidak seindah nasib kampung empunya nama itu. Kejadian hitam yang menimpa Kampung Sri Melati mengubah segalanya. Tatkala ketakutan menjelma, manusia mula menzahirkan tuduhan.
Siti, anak kepada penghulu Kampung Sri Melati menjadi mangsa pertama dalam kejadian hitam itu. Mayatnya yang dijumpai di kampung itu mula meninggalkan seribu satu persoalan terhadap orang kampung. Bukti dan motif pembunuhan itu tidak jelas.
apatkah polis muda itu menyelesaikan kes-kes yang menyelubungi kampung itu? Siapakah pembunuh sebenar Siti dan mangsa-mangsa lain? Berjayakah pembunuh itu ditangkap?
-
Sabotaj
RM33.00Takdir itu sangat kejam dan penuh rahmat dalam masa yang sama.
Perjalanan empat sekawan, vigilante psikopat bertopeng, gadis mangsa culik dan ketua kumpulan kongsi gelap berjerait antara satu sama lain, dan akan berakhir dalam pertemuan yang penuh aksi dan kematian hanya dalam satu malam sahaja.
Untuk terus hidup, mereka perlu menipu, bertempur dan membunuh. Adakah mereka semua akan terselamat sebelum menjelangnya waktu pagi?
-
Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra
RM38.00Ada dunia lain di Nusantara.
Dunia hikayat yang merampas gelaran Adiwangsa.Mampukah kebangkitan syaitan itu dihalang andai Muslim sendiri yang mengkhianati Islam?
-
Mencari Mendam Berahi
RM38.00Dendam, cinta dan cita-cita.
Antara bahtera Mendam Berahi dan berahi yang terpendam dalam jiwa. Antara kehendak peribadi dan kebajikan anak bangsa, jalan manakah yang bakal Atma dan teman-temannya pilih?
-
Kitab Tamadun Korea
RM38.00Hari ini, gelombang budaya Korea, terutama merangkumi hiburan mereka, tak kira muzik dan wayang gambar, semuanya sedang menakluk dunia. Tapi tahukah anda, semua ini bermula pada era Joseon dan kemuncaknya pada pergerakan nasionalisme di bawah pemerintahan Empayar Korea.
Dalam buku ini, bersama penulis, anda akan menelusuri sejarah keagungan ribuan tahun tamadun Korea untuk dijadikan pedoman bangsa masa kini.
-
Kitab Tamadun Cina
RM38.00Penulis kegemaran ramai, Ayman Rashdan Wong kembali dengan buah tangan terbaharu, Kitab Tamadun Cina.
Tamadun Cina merupakan antara tamadun tertua dan satu-satunya tamadun daripada kalangan empat tamadun purba yang tidak terputus. Dalam sejarah perkembangan tamadun Cina dan pengalaman pewarisnya dalam memelihara khazanah leluhur mereka, terdapat pengajaran dan ilham yang berguna kepada anak bangsa yang ingin membina keyakinan diri terhadap tamadun sendiri. Ayuh mengembara bersama saudara Ayman dalam Kitab Tamadun Cina!
-
Kitab Tamadun Jepun
RM38.00Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan aspek kemodenan bandar-bandarnya. Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan anime yang mengusik jiwa sesiapa daripada siri Gundam hinggalah Naruto dan Bleach. Tetapi kita langsung tidak berminat dengan sejarah di sebalik negara yang dikenali dengan gelaran negara Matahari Terbit itu.
Kitab Tamadun Jepun menjemput anda menelusuri susur sejarah negara itu yang membentuk Jepun hari ini.
世よの人ひとは我われを何なにとも言ゆわば言いえ。我わがなす事ことは我われのみぞ知しる。-坂本さかもと竜りょう馬 (Orang boleh saja berkata tentangku tetapi aku tahu apa yang aku lakukan) – Sakamoto Ryoma
Harga sepanjang tempoh pra-tempah :
19/4 -> 26/4 RM30
27/4 -> 2/5 RM33
3/5 -> 8/5 RM35
-
Labur Santai
RM38.00Dalam buku ini, Adib dan Kauthar telah menyusun asas-asas pelaburan secara realistik dan mudah difahami, menggunakan bahasa harian. – Aaron Tang
-