-
E-BUKU Muhammad: Dakwah dan Diplomasi
Alphonse de Lamartine, seorang penulis dari Perancis pernah menulis dalam karya beliau Histoire de la Turquie;
“Sekiranya keagungan sesuatu tujuan, keremehan tindakan, dan hasil yang hebat itu merupakan 3 ukuran kegeniusan manusia, siapa yang berani untuk membandingkan manusia hebat di era moden ini dengan Muhammad?”
(Histoire de la Turquie, Paris, 1855, vol. 1 halaman 154)
-
E-BUKU Pertempuran-Pertempuran Agung
Perang itu sebuah seni. Ya, seni yang sangat memukau. Ia memerlukan kelicikan,strategi dan taktikal yang kena pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, maka kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni-seni yang memukau manusia.
Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud dalam sejarah. Kepintaran mereka menghasilkan sebuah seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang didendangkan kepada duni.
Sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan, PERTEMPURAN & PEPERANGAN
-
E-BUKU Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi
Sinopsis: Operasi Badar : Mencalar Keangkuhan Yahudi
Apabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos tercipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggantikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.
-
E-BUKU Tokoh Agung Melayu
Sinopsis: Tokoh Agung Melayu
“Umat yang sedang bangkit memerlukan perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya’. – Hassan Al Banna
Menghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.
-
E-BUKU Titanic Di Hujung Jari
Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar membaca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayatilah dengan air mata.Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora. -
E-BUKU The Physicists’ Odyssey
“The aim of science is to make difficult things understandable in a simply way. The aim of poetry is to state simple things in an incomprehensible way. The two are incompatible.” – Paul Dirac
-
E-BUKU Tasjil Anis Salatin – Rahsia Agung Melaka
Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara. Ikuti garapan sosio-budaya dan sosio-ekonomi Kesultanan Melayu Melaka di dalam buku yang pasti dapat menjawab segala persoalan anda mengenai ketamadunan ini.
-
E-BUKU Perjuangan Sungai Batu
582 Sebelum Masihi. Ini bukan calang-calang tarikh. Berdirinya Tamadun Batu adalah lebih awal daripada China disatukan di bawah Qin Shi Huangdi. Lebih awal daripada kelahiran Alexander The Great menakluk dan membina empayar. Lebih awal daripada Lebih awal daripada Julius Caesar membina empayar Rom. Lebih awal daripada Asoka menyatukan seluruh India. Lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A,S dan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih awal ribuan tahun daripada tarikh wujudnya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melayu Srivijaya.
-
E-BUKU Perang Salib Pertama – Kelahiran Templar
Bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama?
-
E-BUKU Nazi Di Hujung Jari
“Mein Führer”
Sekelompok rakyat Malaysia mendendangkan entiti Nazi ini seperti hero.
Kononnya;
- Nazi adalah penyelamat umat Islam melawan Yahudi
- Mereka membebaskan umat Islam daripada penjajahan.
- Mereka diibaratkan sebagai adiwira seperti di dalam komik barat.
-
E-BUKU Mencabar Teori Konspirasi
Teori Konspirasi
Ada sesuatu yang tidak kena pada teori-teori konspirasi ini yang dipeluk oleh umat sejagat. Teori ini tidaklah sesuci yang dibayangkan. Teori ini ada sisi gelap yang menunggu masa dibongkarkan.
-
E-BUKU Mencabar Teori Chola
Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.
Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!