-
Dendam Orang Menang: Melawan Pendakwaan Terpilih
RM33.00Dalam ‘Dendam Orang Menang,’ kita dibawa ke dalam dunia Tan Sri Shahrir Samad, yang menghadapi cabaran terbesar dalam karier politiknya. Buku ini mengisahkan bagaimana beliau berjuang melawan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima dari Datuk Seri Najib Razak melalui cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
-
Keputusan Akhir: Dari Pekan Ke Penjara
RM33.00Dalam ‘Dari Pekan Ke Penjara,’ pembaca dibawa meneroka dunia perundangan dan politik Malaysia melalui episod kontroversi Dato Seri Najib Razak. Buku ini membongkar secara terperinci perjalanan kes SRC, sebuah episod penting dalam sejarah politik Malaysia.
Ikutilah pengembaraan ini untuk memahami dinamika keadilan, politik, dan media di Malaysia. Lebih daripada sekadar kronologi kes, buku ini adalah renungan tentang keadilan, etika, dan cabaran dalam sistem perundangan. ‘Dari Pekan Ke Penjara’ menjanjikan pandangan yang kritis dan berbeza mengenai kes yang telah menggegarkan negara.
-
-
-
ON SALE30 %Save RM10.00
Di Sebalik Tirai Besi : Tahun-tahun yang Hilang
Original price was: RM33.00.RM23.00Current price is: RM23.00. -
-
-
Manusia Sebelum Adam
RM38.00Persoalan bila Nabi Adam A.S turun ke dunia, persoalan tentang di mana letaknya evolusi dalam umat manusia, dan apakah pendirian umat Islam dalam menanggapi spesies manusia selain Homo Sapiens (Manusia Moden), sentiasa membelenggu kita sejak azali lagi.
Buku ini ditulis dengan ayat jitu untuk kefahaman awam, kami berharap buku ini akan memainkan peranan besar dalam menjawab segala pertanyaan anda.
-
Semoga Tuhan Merahmati Sains Dalam Kehidupan
RM33.00Diberikan peraturan. Peraturan yang digunapakai di satu tanah jajahan. Tanah jajahan yang diberi peluang untuk jiwa-jiwa menghuninya. Dengan peraturan ini, kekal cantik sekaliannya. Taman yang dibawahnya mengalirnya sungai. Matahari tiba dan pergi. Lahir, hidup dan mati.
-
Hujan Emas Di Tanah Slavik
RM33.00Penulis, anak jati Kuala Lumpur ini lebih berminat menjelajah ke negara-negara unik seperti Moldova dan Azerbaijan. Hasil daripada siri pengembaraan beliau, maka telah terbentuk pandangan dan cara berfikir tersendiri, unik dan sememangnya bertentangan dengan norma kehidupan dan cara berfikir rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu.
-
Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Johor
RM33.00Kisah yang diceritakan hanya seperca daripada sejarah keagungan Johor yang merupakan pewaris keagungan Melaka. Lebih banyak lagi helaian sejarah agung menanti masa untuk dibaca oleh anak bangsa dalam..
Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Johor.
-
Cinta Terbelah Di Laut Merah
RM33.00Sevgil, seorang mahasiswa perubatan Mesir harus menjalani kehidupan pada tahun-tahun pascarevolusi. Sevgil mengalami konflik dalam urusan cintanya dengan Shihab, serta pelbagai konflik politik mahasiswa, ideologi, agama dan kesihatan mental. Dia juga mengalami masalah dalam persahabatan kerana ketidakupayaan Sevgil dalam memahami emosi manusia.
Kisah ini membawa pembaca untuk cuba memahami peranan cinta dan kasih sayang dalam menghurai kemelut permusuhan yang melanda manusia daripada latar belakang yang berbeza. Novel ini turut menyentuh aspek yang melanda generasi hari ini seperti LGBT, krisis kepercayaan terhadap Tuhan, dan peranan falsafah ketuhanan dalam mengisi lompong jiwa anak muda.