-
Kitab Tamadun Cina
RM38.00Penulis kegemaran ramai, Ayman Rashdan Wong kembali dengan buah tangan terbaharu, Kitab Tamadun Cina.
Tamadun Cina merupakan antara tamadun tertua dan satu-satunya tamadun daripada kalangan empat tamadun purba yang tidak terputus. Dalam sejarah perkembangan tamadun Cina dan pengalaman pewarisnya dalam memelihara khazanah leluhur mereka, terdapat pengajaran dan ilham yang berguna kepada anak bangsa yang ingin membina keyakinan diri terhadap tamadun sendiri. Ayuh mengembara bersama saudara Ayman dalam Kitab Tamadun Cina!
-
Kitab Tamadun Jepun
RM38.00Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan aspek kemodenan bandar-bandarnya. Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan anime yang mengusik jiwa sesiapa daripada siri Gundam hinggalah Naruto dan Bleach. Tetapi kita langsung tidak berminat dengan sejarah di sebalik negara yang dikenali dengan gelaran negara Matahari Terbit itu.
Kitab Tamadun Jepun menjemput anda menelusuri susur sejarah negara itu yang membentuk Jepun hari ini.
世よの人ひとは我われを何なにとも言ゆわば言いえ。我わがなす事ことは我われのみぞ知しる。-坂本さかもと竜りょう馬 (Orang boleh saja berkata tentangku tetapi aku tahu apa yang aku lakukan) – Sakamoto Ryoma
Harga sepanjang tempoh pra-tempah :
19/4 -> 26/4 RM30
27/4 -> 2/5 RM33
3/5 -> 8/5 RM35
-
Penerbangan Terakhir: MH370 & MH17
RM38.00Ingin tahu apa yang terjadi kepada pesawat MH 370 dan MH 17? Bacalah buku tulisan Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang terlibat secara langsung dalam siasatan dua tragedi menyayat hati ini.
-
Dunia Tanpa Tembok III
RM33.0030 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.
-
Dunia Tanpa Tembok II
RM33.00Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin “strongman”, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.
-
Dunia Tanpa Tembok
RM33.00Buku ini merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia, memberi pencerahan serta sudut pandang rasional lagi objektif. Diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, cold war dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentimen semata-mata. Dunia Tanpa Tembok membawa anda merungkai kesemua aspek ini di dalam gaya bahasa yang amat mudah difahami dan dihadam.
-
Jangan Selewengkan Sejarah Melayu II
RM33.00Sejarah bukan untuk dijadikan bahan propaganda. Sejarah bukan untuk dijadikan bahan penyelewengan. Sejarah untuk kita kenal siapa diri kita, selongkar erti jati diri dan jadikan peristiwa silam sebagai inspirasi kejayaan kita pada hari ini.
-
Genesis II : Sapien & Neo-Manusia
RM33.00Penulis dan buku Fizik kegemaran anda kembali lagi! Kali ini, Zamir Mohyedin membawa Genesis II sedikit berlainan dari siri sebelumnya.
Ayuh mengembara bersama saudara Zamir merentasi zaman dan tamadun dalam membincangkan teori evolusi manusia!
-
Pertempuran Di Hutan
RM38.00Ikuti kisah mantan komander Vat 69 Komando iaitu Dato’ Mohd Rani Abdul Rashid menghadapi dan mengetuai pelbagai siri pertempuran di hutan menentang keganasan pengganas komunis.
-
Perang Dunia Kedua
RM38.00Perang Dunia Kedua akan membawa pembaca kepada sebuah jalan cerita mengenai pertempuran-pertempuran bersejarah dalam konflik terburuk persejarahan.
-
Lipur Lara Alam Melayu
RM38.00Lipur Lara Alam Melayu dihasilkan untuk menyambung legasi Lipur Lara Nusantara dalam bercerita mengenai kisah-kisah menakjubkan, mitos-mitos yang penuh mengasyikkan tentang tamadun bangsa kita, betapa nenek moyang kita tidak kurang kisah hebat yang sama tandingnya dengan mitos dan hikayat dari barat.
-
1511 : Kejatuhan Empayar Melaka
RM33.001511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah sebuah buku yang secara julung kalinya menyajikan sejarah yang tepat tentang bagaimana Melaka, sebuah kesultanan yang kuat dan kaya, jatuh ke tangan Portugis.
Sambil anda membaca buku ini, anda akan sama-sama berjanji kepada diri dan anak bangsa, bahawa tidak sekali lagi anda mengulangi apa yang terjadi pada waktu silam dengan mempelajari sejarah.