-
Lipur Lara Alam Melayu
RM38.00Lipur Lara Alam Melayu dihasilkan untuk menyambung legasi Lipur Lara Nusantara dalam bercerita mengenai kisah-kisah menakjubkan, mitos-mitos yang penuh mengasyikkan tentang tamadun bangsa kita, betapa nenek moyang kita tidak kurang kisah hebat yang sama tandingnya dengan mitos dan hikayat dari barat.
-
1511 : Kejatuhan Empayar Melaka
RM33.001511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah sebuah buku yang secara julung kalinya menyajikan sejarah yang tepat tentang bagaimana Melaka, sebuah kesultanan yang kuat dan kaya, jatuh ke tangan Portugis.
Sambil anda membaca buku ini, anda akan sama-sama berjanji kepada diri dan anak bangsa, bahawa tidak sekali lagi anda mengulangi apa yang terjadi pada waktu silam dengan mempelajari sejarah.
-
Kitab Tamadun Islam
RM38.00Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.
Dengan tambahan bab Ekslusif di edisi baru ini
-
Kitab Tamadun Melayu
RM38.00Wahai Melayu, ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu.
-
Muhammad: Dakwah dan Diplomasi
RM38.00Alphonse de Lamartine, seorang penulis dari Perancis pernah menulis dalam karya beliau Histoire de la Turquie;
“Sekiranya keagungan sesuatu tujuan, keremehan tindakan, dan hasil yang hebat itu merupakan 3 ukuran kegeniusan manusia, siapa yang berani untuk membandingkan manusia hebat di era moden ini dengan Muhammad?”
(Histoire de la Turquie, Paris, 1855, vol. 1 halaman 154)
-
Kisah Klasik Tamadun Melayu
RM33.00Bangsa Melayu sejak ribuan tahun yang lalu telah membina ratusan kerajaan yang membentang di Asia Tenggara. Kerajaan bangsa ini masyhur, didendangkan oleh pelbagai bangsa agung di dunia. Sudah tentu, sejarah tamadunnya yang berusia ribuan tahun ini juga pastinya menyimpan ribuan kisah menarik, hebat dan penuh pengajaran untuk tatapan anak bangsa. Justeru, buku ini dihasilkan dengan menghimpunkan 70 kisah klasik daripada tamadun Melayu, yang penuh ragam dan rencah supaya anak Melayu zaman moden tidak melupakan apa yang berlaku pada helaian riwayat nenek moyang mereka.
-
Tasjil Anis Salatin – Rahsia Agung Melaka
RM33.00Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara. Ikuti garapan sosio-budaya dan sosio-ekonomi Kesultanan Melayu Melaka di dalam buku yang pasti dapat menjawab segala persoalan anda mengenai ketamadunan ini.
-
Kitab Tamadun Yahudi
RM38.00“Kita sangat terhutang budi kepada orang Yahudi untuk pengetahuan terawal kita tentang falsafah, botani, perubatan, astronomi, kosmografi, (sifat alam semesta), bahasa suci, dan hampir semua cabang kajian al-Kitab.” —Antonio Rubiero Santos, Hakim Portugis abad ke-19
-
Putin: Tsar Moden Russia
RM33.00Warga maya Malaysia mempunyai dua pendapat tentang Vladimir Putin. Sebahagian kecil mengatakan beliau adalah anak didik Tun Dr. Mahathir. Sebahagian lagi pula mengatakan beliau membawa diri dengan pengalaman pahit sepanjang menjadi anggota KGB dan pegawai kerajaan di bawah Boris Yeltsin.
Dalam buku ini, kita akan menjelajah selok-belok sejarah Rusia untuk mengenali sistem politik ditunggang seorang pemimpin bernama Vladimir Vladimirovich Putin.
-
The Plague: Sejarah Wabak Dunia
RM33.00“Kita tidak tahu patogen apa yang kita pegang, patogen apa yang berada di sekeliling kita kerana kita melawan suatu benda yang seni. Terlalu banyak patogen yang ada dalam dunia ini kerana dunia ini adakalanya terlalu menakutkan.”
-Azam Abu Bakar
-
Kitab Tamadun Rom
RM38.00Kitab Tamadun Rom ditulis untuk pembaca umum yang ingin melihat daripada gambaran yang lebih besar berkenaan sebuah tamadun yang paling lama bertahan dalam sejarah. Ia mengandungi sejarah naratif Rom yang merangkumi lebih 1000 tahun yang ditulis secara ringkas tetapi padat. Memahami sejarah Rom sama seperti kita memahami sejarah tamadun barat dan buku ini menyediakan asas terbaik untuk memulakannya.
“Beta membina Rom daripada kota batu bata dan meninggalkannya sebagai bandar marmar.” – Augustus, Maharaja Pertama Rom
-
ON SALE31 %Save RM18.00
The Malaccan Odyssey
Original price was: RM58.00.RM40.00Current price is: RM40.00.“Quem for senhor de Malaca, tem a sua mao na
garganta de Veneza.”The secret of majesty lies in the intellectual culmination of its citizens developing a great empire of the ages.