-
Sengoku: Dinasti Para Samurai
RM28.00“SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAI” membawa anda ke dalam dunia yang penuh dengan kemegahan, keberanian, dan strategi perang yang menggoncang Jepun pada zaman Sengoku. Buku ini menjelajah sejarah mendalam tentang para samurai, daripada falsafah hidup mereka yang berlandaskan Bushido hingga kepada kelengkapan perang yang menjadi lambang keperwiraan mereka. Dapatkan pandangan eksklusif mengenai kempen penyatuan Jepun, pertempuran ikonik, dan kisah para samurai yang paling berpengaruh, termasuk Yasuke, samurai kulit hitam yang menjadi legenda, dan Sanada Yukimura, samurai terakhir era Sengoku.Dengan bab-bab yang dipenuhi trivia menarik, dari pertempuran bersejarah seperti Pertempuran Sekigahara hingga kisah menakjubkan panglima bermata satu, Date Masamune, buku ini menawarkan pandangan yang segar dan mendalam mengenai salah satu era paling dramatik dalam sejarah Jepun. Sesuai untuk peminat sejarah dan penggemar samurai, SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAI adalah rujukan yang tidak boleh dilepaskan.Siapkan diri anda untuk menyelami kisah penuh epik yang membentuk dinasti para samurai dan sejarah Jepun yang tak terlupakan!ISI KANDUNGAN SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAIPENDAHULUANBAHAGIAN I: FAKTA MENARIK TENTANG SAMURAIBab 1: Sejarah Ringkas SamuraiBab 2: Gaya Hidup Samurai dan Falsafah BushidoBab 3: Agama Anutan SamuraiBab 4: Kelengkapan Perang dan Senjata SamuraiBAHAGIAN II: TRIVIA TENTANG SENGOKUBab 5: Kempen Penyatuan JepunBab 6: Puak Terkuat Zaman SengokuBab 7: Yasuke: Mitos Samurai Berkulit HitamBab 8: Matsunaga Hisahide: Pelaku Seppuku dengan Mangkuk TehBab 9: Date Masamune: Panglima Samurai Bermata SatuBab 10: Takenaka Shigeharu: Perancang Strategi Perang HandalanBab 11: Sanada Yukimura: Samurai Terakhir Zaman SengokuBAHAGIAN III: PERANG, PERTEMPURAN DAN PERISTIWABab 12: Perang OninBab 13: Pertempuran OkehazamaBab 14: Siri Pertempuran KawanakajimaBab 15: Pengepungan Istana InabayamaBab 16: Perang Ishiyama Hongan-JiBab 17: Pertempuran NagashinoBab 18: Pertempuran YamazakiBab 19: Pengepungan OdawaraBab 20: Pertempuran Agung SekigaharaBab 21: Kempen OsakaBIBLIOGRAFI -
Ilmu Alam Melayu: Mistik, Manuskrip & Mitologi
RM38.00Ilmu alam Melayu ialah sebuah karya yang mengupas secara mendalam misteri dan mistik yang melingkari tamadun Melayu serta membongkar manuskrip-manuskrip Melayu yang hilang. -
Khulafa Al-Rasyidin: Penakluk Rom dan Parsi
RM33.00Dalam sejarah Islam, era Khulafa al-Rasyidin menjadi simbol kegemilangan dan keagungan, bukan hanya dalam aspek keagamaan tetapi juga ketenteraan dan kepimpinan. Buku ini membawa pembaca menyelami detik-detik mendebarkan ketika Empayar Rom dan Parsi, dua kuasa besar dunia pada masa itu tunduk di bawah kekuatan dan kebijaksanaan tentera Islam.
-
Tamadun Untuk Pemula
RM38.00Tamadun Untuk Pemula adalah portal ke masa lalu yang penuh warna, memberikan perspektif baru tentang tamadun-tamadun yang telah membentuk dunia kita hari ini. Jadikan buku ini teman setia dalam mengeksplorasi sejarah dan budaya dunia.
-
-
P. Ramlee: Tiada Yang Kedua
RM33.00“Seni saya bukan kerana wang, tetapi seni saya adalah kerana Allah semata-mata
-
Kitab Tamadun Mesir Purba
RM50.00Saksikan kehebatan firaun-firaun legenda seperti Ramses II dan Cleopatra. Diperkaya dengan fakta tentang kehidupan harian, ketenteraan, pakaian, makanan, serta kemajuan sains dan teknologi Mesir Purba. Kitab Tamadun Mesir Purba ialah jendela masa ke salah satu tamadun teragung dalam sejarah.
-
Al Fatih: Sang Penakluk
RM33.00Buku ini membawa pembaca melalui perjalanan hidup Al-Fatih, dari zaman awalnya sebagai putera mahkota, melalui pendidikan yang ketat, hingga ke titik tertinggi dalam kerjayanya sebagai penakluk. Dengan penceritaan yang mendalam dan analisis yang tajam, kita akan ditarik ke dalam dunia Al-Fatih, meneroka bagaimana kebijaksanaan, keberanian dan ketabahan dapat mengubah perjalanan sejarah.
-
-
-
-
Hujan Emas Di Tanah Slavik
RM33.00Penulis, anak jati Kuala Lumpur ini lebih berminat menjelajah ke negara-negara unik seperti Moldova dan Azerbaijan. Hasil daripada siri pengembaraan beliau, maka telah terbentuk pandangan dan cara berfikir tersendiri, unik dan sememangnya bertentangan dengan norma kehidupan dan cara berfikir rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu.